Wednesday, January 6, 2010

Pengenalan Si Penunggu

Nenek zaman sekarang pun dah pandai berbloging. tapi empunya blog ini pun, belum lah lagi tua bangka sebenarnya. Nenek Bedah dan Nenek Temah tuan empunya badan. Kami berdua menceritakan atau lebih senang memberitahu seterusnya menyebarkan kisah kisah yang berlaku di SMK Seri Indah, Serdang, Selangor. Segala yang tersurat dan tersirat akan dihebahkan di blog ini. Ura ura yang sering kedengaran di SMKSI kami hebohkan disini. terutama sekali kepada para pelajar yang hanyut dengan dunia mereka sendiri. Kami mendengar melalui telinga kami sendiri secara sengaja atau tidak sengaja. Senang cerita, kemungkinan besar kami berdua memiliki telinga astro yang sangat peka dan mata mata yang tajam. Siapa kami? Tidak perlulah kalian semua ketahui, cukup lah sekadar kami yang mengenali kalian.
Sekiranya cerita kami berdua tidak tepat atau TEPAT, kalian semua menyokong atau tidak menyokong, sila menarikan jari jari anda di ShoutBox. terima kasih.

Mungkin blog ini akan menyakitkan hati mana mana pihak tertentu, tetapi kami tidak pernah sekali pun terlepas pandang di atas kesalahan yang kalian lakukan.
Para Followers amat dialu alukan terutamanya kepada para pelajar atau bekas para pelajar SMK Seri Indah.
Pendapat atau berita berita 'panas' yang anda ketahui dan ingin dikongsikan kepada kami berdua boleh lah dihantar melalui :
email atau Facebook : kebayanmuda@yahoo.com

dari ; nek temah & nek bedah